Tuesday, February 1, 2011

PIAGAM PELANGGAN SKAR

Kami Warga Sek. Keb. Astana Raja, dengan penuh tekad dan iltizam, berikrar dan berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk:


  • Berusaha dengan sedaya upaya memberi P & P yang terbaik kepada murid-murid  kami.  

    • Memastikan setiap murid berhak mendapat layanan yang sama dan adil.

    • Sentiasa mewujudkan persekitaran yang selesa dan selamat.

      • Memberi layanan yang mesra kepada setiap pelanggan.    Memastikan setiap arahan Kementerian Pelajaran Malaysia, JPNS, PPD dan organisasi dipatuhi dan dilaksanakan dengan cekap dan berkesan.

        • Dalam kes-kes disiplin dan pembelajaran yang serius, kami akan menghubungi ibu bapa dalam tempoh masa tidak lewat dari tiga hari.

          • Semua aduan diberi perhatian dengan segera dalam masa satu minggu atau sebelum tarikh yang ditetapkan.

            • Memberi perhatian dan tindakan segera terhadap kes-kes kemalangan dan sakit pening di kalangan murid-murid yang berlaku di dalam kawasan sekolah.

              • Mengamalkan tatacara kawalan disiplin yang sesuai dan adil untuk murid-murid.

                • Bersedia dan mengaturkan perbincangan dengan ibu bapa mengenai kemajuan pendidikan anak-anak mereka sekurang-kurangnya satu kali setahun.

                  • Sentiasa menerima cadangan dan pandangan yang positif untuk mempertingkatkan prestasi perkhidmatan dan kecemerlangan pendidikan sekolah.

                     


                    0 comments:

                    Post a Comment